Andainya
lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak
semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di
hatinya. Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan
air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu.. Apabila
seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi
percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki
itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi
percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak
pertelingkahan yang berlaku. Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan
bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia
mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat. Andainya lelaki
tahu.. Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna
dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih
baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki
tahu.. Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna
dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda
anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau
sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk
anda. Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia
mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah
sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa
dihargai. Andai lelaki tahu. .Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love
u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai
sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa
tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia
benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain
di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik
dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia
mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun
sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu,
percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di
matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Andai lelaki tahu..Apabila
perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu
melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah,
hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau
akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Andai lelaki tahu..Apabila
perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda
pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila
dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia
benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia
terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif
dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu.. Sememangnya Allah menciptakan
lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya
mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan .
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa
selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya
kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat
lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan
dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi
dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih
sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang
terbaik untuk anak2 anda. Andainya mereka tahu…










No comments:
Post a Comment