Nie
aq tujukn to boys kt luar sana….
Dengarlahlah...
keluhan hatiku buat dirimu.....
Adam.....
Maafkan aku jika coretan
ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta
semasa kesunyian di syurga dahulu.
Wahai
Adam....
Aku asalnya dari
tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku
sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan,
kerana aku buruan syaitan.
Adam...
Maha suci Allah yang
mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah
sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku
nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama
Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan
Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak
selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu
tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.
Adam...
Bukan kerana ramainya
isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang
merunsingkan aku. Tapi...aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
Namun... Terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.
Adam...
Aku tahu bahawa dalam
Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum
wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk
menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku
dan Tuhanmu.
Tapi
Adam,
nyata dan rata-rata
apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai
menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya
Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar,
di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumahseluruh tubuhku
mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut. Tapi.. realitinya kini,
Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam...
Mengapa kau biarkan
aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan
guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka
menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja.
Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat
tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara.
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu
terhadapku?
Adam...
Marahkah kau jika
kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa?
Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak
pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau
selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan
nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini
Adam...
Seharusnya kau tanya
dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW
terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi
Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap
kaum Hawa?
Adam...
Kau sebenarnya imam
dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut pengikutmu kerana kau adalah
ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau
punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu
satu. Aku... akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam.... pimpinlah tanganku,
kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong
oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah,
perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku.
Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam...
Andainya kau masih
lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para
sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia
ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah
engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...
Maafkan aku sekali
lagi Adam... seandainya warkah yang kulayangkan ini menimbulkan amarah di
dadamu.... jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi
buntu.....Tetapi... Percayalah!!!.... bukan emas kucari... bukan berlian yg
kupinta.... tetapi... hanyalah hati yang tulus ikhlas dirimu Adam...
No comments:
Post a Comment