LAYAN JE ^_^

Saturday, 21 July 2012


DIKATAKAN ORANG,PILIH LAWAN OR SABAR

Jika awk2 semua dikata oleh orang, apa yg awk akan buat ? Lawan ?  Sabar ? 
Jika awk lawan , kedaan akan b’tambh genting . Belum tentu awk menang kan,sebaliknye akan lebih banyak hal2 yg akan t’jdi ..
Jika awk sbr , mugkin juga orng m’ganggapnye benar , tetapi ia xmampu mematikan sebrg hujah.

Ketika org mrh diam je la .. xpyh melawan , 6ti kite semakin mrh dia. Ketika org tengah b’hujah dan memang suka menang, biarkan saja dia b’ckp , 6ti akan b’henti sendiri . kalu lawan n dijln memang xakan abis2 jdinye.

Sape2 yg mrh, xkira la spe2 pun…diam jee…Jbiar dia rasa dia betul,biar dia keluarkan apa2 yg dia hendak keluarkan. 6ti bila habis,akan diamla dia. Kalu lawan atau dilyn mm beri modal baru pdnye. Spe2 pun yg suka mrh memang xakan mengalah …”me”…kalu dah mrh gila yg nahas 6ti diri awk juga.

Dengar2 dikata org,pilihlah sikap diam, kecuali org dtg minta pjelasan secara tertib kite jelskan scra tertib..:) kalu org dtg maki amun diam or senyum je kat dia n lps tu pergi dri situ. Memang susah nak buat, tetapi itula senjata untuk memadamkan semua ckp2 yg xsdp didgr.

Apa ruginya dikata org? lgi bnyak dikata lagi bnyak dpt pahala kan ..heeheee….. dikata org itu sakit tetapui kalu hujungnye 6ti t’serlah kebenaran nikmatnye,masyaALLAH,indah nye…J

Xada manusia bebas dripada dikata org.siapa pun akan dapat.semakin besar orang itu ,semakin banyak dan keraplah dia dikata org. nak lyn semua? Buat apa buang masa. J Drpada melyn kata2 org lebih baik buat kerja lain lagi bagus. Setiap kerja akan ada hasilnye. Kalu xb’hasil pun ia m’dtgkan p’galaman pling b’harga. Lam2 b’hsillah.

Lyn org gila akan jadi gila.btl kan..btl la 1oo%..heheheheh… lyn org suka m’gata 
akhirnye lb pkr dri si p’gata. Lbh baik diam n sbr. Nak lwn dan nak lyn memang tak t’lyn kite la. 

Attirmidzi m’riwayatkan : nabi s.a.w b’sabda, “ sukakah aku beritakan pdmu, org yg dihrmkan msk neraka?” jawab sahabat, “baiklah ya Rasulullah.” B’sabda Nabi s.a.w, “ neraka itu r mats tiap org yg lunak,ramah,lapang dada dan mudah baik hubungannye.

B’makna aklu dikata mcm mna pun,relaks saja,jgn kelam –kabut,jgn m’gamuk.
Jadi ,pilihlah sbr drpd lwn. Lwn semakin m’ykitkan hati tpi sbr menawar hati. B’lwn dgn kebodohan akan b;akhir dgn kebodohan,sebaliknye sbr melambangkan ketenangan dan kebijaksanaan serta sentiasa untung.

Lihat kisah dibwh bagaimana sbrnye Nabi s.a.w b’dpn dgn kejhatan.
Anas ra b’kata, “ketika aku sedang b’jln b’sama Nabi s.a.w yg ketika itu memakai serban buatan Najran yg agak tebal pinggiran serban itu,tiba-tiba dtg seorang badwi yg menarik serban Nabi s.a.w dri belakang hingga b’bks pinggiran serban itu di leher Nabi s.a.w kerana sgt keras tarikan badwi itu lalu dia b’kata, “Ya Muhammad,beriakan ppdku dri harta ALLAH yg ada ditgnmu.” Maka Nabi s.a.w menolah pd badwi itu dan t’senyum, kemudian m’yuruh sahabat yg m’jaga Baitulmal supaya m’beri pd Badwi apa yg dimintanye.

Peristiwa ini sepatutnye m’jdi kayu ukur pd maklum bls kite apabila b’dpn dgn sikp2 yg xmnis.kelunakan sentiasa memadamkan keangkuhan. Dunia akan aman oleh kesabaran b’bnding keegoan.Hidup awk juga akan aman oleh kedamaian b’bnding p’tentang. Hari ini kite tiada masa lagi untuk membuang waktu b’depan dgn kekalutan manusia sebab kekalutan hidup sudah ckup bnyak. Tenang,lunak,sabar dan mubar adalah benteng pd segalanye. 

MOTIVASI  DENGAN  TALI  KASUT

Mula2 memakai ksut bru kite mesti akan rasai kelainannya.ia b’beza dgn kasut kite yg lame.kalu la kite blh kekalkan kasut kita yg lame.. tetapi kasut itu sudah rosak.kita t’pksa memakai yg bru.tetapi yg bru ini agak sempit,apabila dibawa b’jln t’rasa seperti t’dera kaki.

Lame2 kite rasa selesa pula dgn kasut b’kenaan. Kita mesti jdi hairan…J Dulu t’rasa sempit dihujung tetapi sekarang suda semakin kembang. Apa yg pernah dirasai b’sama kasut yg lame terasa pula sekarang. Sesekali kita melihat kasut di kaki,bagaiman ia bl b’kembang erk??

Nie jwpan nye---bukan kasut itu yg b’kembang atau kaki kite yg m’gecil tetapi talinya yg semakin m’beri. Dahulu sewak2 mula2 kite memakainye kite m’gikat dgn kemas dan kejap,sesuai sebagai kst bru, maka kite rasai beberapa keburukan,tetapi apabila selalu digunakan dan talinye semakin longgar n m’beri,kite sudah dpt rasai keselesaan yg asal.

Begi2lah kst b’toleransi dgn kite utk m’berikan kite keselesaan n keserasian. Ia m’longgar dgn sendiri m’gikut p’gerakan kaki n kekerapan ia digunakan. Semakin ia digunakan semakin ia memahami keperluan kite n kite mesti akan selesa dan selesa. J Hingga apabila sampai masanye 6ti kst itu hndak dibuang krna tlh rosak,kite tetap akan m’rasa syg dan seperti xp’caya akan dpt kst yg cukup memahami seperti itu lagi.

Begitulah idup kite kan…ibarat memakai kst bru. Mula2 menempuh alam bru pekerjaan,p’bagai ketidkselesaan akan dirasai,tetapi lama2 6ti sudah biasa. Bag2 juga b’cinta.untuk masa setun b’cinta adala tempoh utk b’rasa sakit dgn pendirian dan peragai yg mungkin xsama. Asalkan sanggup m’jdi seperti kst yg sedia m’beri utk 

keselesaan kaki,lama2 keserasian akan t’rsa dan nikmatnye dirasai b’sama. J
Hidup xblh t’lalu b’kira dan rigid sebenarnye.sudah nama nye b’cinta mesti mahu b’kekalkan,memang prlu bnyk toleransi. Jika t’lalu b’keras ibarat kst yg m’nyakitkan apabila dipakai.lama2 akan timbul bosan dan m’radang. Kalu ada kst bru,ia memang akan ditingglkan. Kalu xada kst bru pun mesti rasa utk m’beli kst bru sentiasa b’sarang.

Xb’guna jika hidup b’sama insane yg b’lainan jantina sedangkan anda xmahu belajar tentangnya. Sekadar belajr mungkin xcukup laaa…tetapi b’ubah demi keserasian yg m’bawa bahagia,selesa n ceria selalu…

Mksud saya—perubahan yg lbh baik selari dgn kehendak ALLAH. Jika pasangan anda xm’hala pd kehidupan b’agama sdngkan anda seorng yg patui pd agama anda xperlu m’jdi tali kst yg sedia m’jdi longgar la kan…Jkdng2 hukum agama memang perlu dilalui dlm kesakitan,kepayahan,kelaparan dan kehausan. M’gekalkan iman itu mungkin sakit melaksanakan perintah2 agama itu mungkin pyh.sesetengahnya memaksa kite b’lpr dan menahan dahaga. Sesetengah2nye memang bagai tali kst yg cukup m’gikat.

Pada hal2 lain t’utama p’kara b’kaitan logic n psikologi, saling m’beri n m’nerima itu adalah jwpan pd kehidupan yg amat m’narik. Kite mesti duduk di kokpit kereta, m’masukkan kuni, m’nekan clutch, m’mskkan gear. Menekan minyk brulah krta b’grak. Bila krta tu b’grak kite mula la kena memegang stereng dan sedia memusing2nye ikut p’raturan dan keperluan jalan.blhkah krta itu b’grk dan selamta ke destinasi jika anda tidak mahu duduk di kokpit, xmahu m’hidupkan enginnye, xmhu memandang kehdpan n stereng diptr m’gikut keperluan n undang? J
Jdilah ibarat tali kasut yg sedia m’gikat, m’longgarkan dri untuk m’beri ruang tetapi sedia diikat kembali jika itu b’makna keselesaan,keserasian dan destinasi.  

Kisah Cinta Zulaikha dan Nabi Yusuf AS



Firman Allah swt:

وَقَالَ نِسۡوَةٌ۬ فِى ٱلۡمَدِينَةِ ٱمۡرَأَتُ ٱلۡعَزِيزِ تُرَٲوِدُ فَتَٮٰهَا عَن نَّفۡسِهِۦۖ قَدۡ شَغَفَهَاحُبًّا‌ۖ إِنَّا لَنَرَٮٰهَا فِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ۬ (٣٠



Maksudnya: "Dan (sesudah itu) perempuan-perempuan di bandar Mesir (mencaci hal Zulaikha dengan) berkata: Isteri Al-Aziz itu memujuk hambanya (Yusuf) berkehendakkan dirinya, sesungguhnya cintanya (kepada Yusuf) itu sudahlah meresap ke dalam lipatan hatinya; sesungguhnya kami memandangnya berada dalam kesesatan yang nyata."(Surah Yusuf (12:30)

Malam itu terasa sangat panas oleh Ra'il, wanita cantik yang biasa dipanggil Zulaikha. Dia sentiasa menghias cantik rupa paras, menghias diri dan sentiasa memakai bau-bauan. Kemudian dia berdiri, pagi dan petang di beranda istananya di atas Sungai Nil, dalam kegelisahan yang tidak jelas puncanya. Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup tenang dan halus seakan-akan enggan mengusik ranting-ranting pepohon bunga yang mengelilingi beranda istana itu. Zulaikha memandang ke arah sungai dan airnya yang tenang dan sesekali wajahnya menoleh ke atas melihat bintang-bintang yang bertaburan di langit mengelilingi bulan dan sebahagian sinarnyaterlindung oleh awan. Sesaat kemudian, seorang pelayan menghampirinya dengan segelas jus buah untuknya tetapi dia menolak malah memerintahkan pelayannya supaya kembali. Nafasnya semakin menyesakkan, seolah-olah hampir mencekik lehernya. Dia sendiri tidak tahu apa yang digelisahkannya. 

Kecantikan? Bukan! Dia adalah wanita tercantik di seluruh Mesir. Anak? Mungkin itu benar, kerana sampai saat ini dia masih belum dikurniakan seorang anak. Sebenarnya Zulaikha boleh sahaja mengambil anak angkat yang disukainya, kerana dia orang terkaya di negeri itu. Tetapi naluri keibuannya menentang niatnya. Dia ingin mengandung dan melahirkan puteranya sendiri sebagaimana wanita-wanita lain, namun takdir menghendaki sesuatu yang lain kerana suaminya tidak mampu mengubah impiannya menjadi kenyataan. Fikirannya berkecamuk. Zulaikha terlena dalam lamunannya sehingga suara halus suaminya tiba-tiba mengejutkannya: "Ra'il isteriku yang cantik, bergembiralah!" Suaminya berkata sambil menunjukkan sesuatu kepadanya. Zulaikha menoleh ke arah suaminya, dan betapa terkejutnya dia ketika melihat suaminya datang bersama seorang anak kecil. "Siapa namamu?"Tanya Zulaikha. Dengan suara yang hampir tidak kedengaran anak itu menjawab,"Yusuf". Al-Aziz suami Zulaikha kemudian mengikutnya dari belakang seraya berkata, "Aku membelinya daripada rombongan yang menemuinya di sebuah telaga di padang pasir. Berikan kepadanya tempat dan layanan yang baik, boleh jadi dia kan bermanfaat kepada kita, ataupun kita anggap dia sebagai anak kita." Zulaikha tidak mengetahui takdir apa yang akan berlaku antara dia dan anak itu pada hari-hari akan datang. Yang jelas Zulaikha amat menyenangi kedatangannya, hilang segala kesedihan yang ditanggung selama ini. Hari-hari berlalu pergi. Yusuf semakin membesar dan dewasa. Wajahnya semakin tampan. Zulaikha tidak mengerti apa perasaan yang meresap di hatinya setiap kali dia memandang wajah Yusuf. Kesedihan yg dihadapinya hilang apabila setiap kali memandang wajahnya. Setiap malam tiba dan Yusuf ke kamar tidur, Zulaikha merasa ada sesuatu yg mengusik lubuk kalbunya, sehingga kadang kala dia bangun meninggalkan suaminya yang sedang tidur dan pergi ke pintu kamar Yusuf. Dia berdiri di pintu kamar beberapa ketika. Dalam hatinya timbul keraguan, apakah sebaiknya dia menghampiri Yusuf seperti yang diinginkannya, ataupun kembali kepada suaminya. Fikiran ini sering mengganggu hatinya semalaman sehingga sampai matahari pagi terlihat masuk daripada celah-celah jendela kamarnya. Apabila begitu barulah dia kembali ke kamar suaminya. Setiap kali pandangan matanya bertemu dengan pandangan Yusuf, dia merasakan keinginan yang kuat untuk selalu berada di samping Yusuf dan tidak ingin berpisah dengannya buat selama-lamanya. Namun hati kecilnya berkata Yusuf tidak memendam perasaan yang sama sepertinya. Pertanyaan yang selalu mengusik kalbunya adalah adakah Yusuf memendam perasaan seperti yang dipendamnya? Meskipun hati kecilnya berkata bahawa Yusuf tidak menampakkan sikap seperti itu, dia tidak mahu mendengar jawapan itu. Pada suatu petang, Zulaikha sudah tidak berdaya lagi memendam perasaan cintanya kepada Yusuf. Dia kemudian berdiri di cermin, mengagumi kecantikan rupa parasnya sambil berkata kepada dirinya sendiri : "Adakah di seluruh Mesir ini, wanita yang kecantikannya melebihi kecantikanku? sehingga Yusuf menghindari aku? Tidak boleh tidak, wahai Yusuf! hari ini aku akan menemuimua dengan segala macam pujukan dan rayuan sehingga engkau tunduk kepadaku". Kemudian dia membuka almari dan matanya mengamati ke arah pakaian yang ada di dalamnya. Dia memilih salah satu gaunnya yang paling indah, berwarna merah dengan model yang boleh membangkitkan ghairah lelaki apabila memandangnya. Apabila gaun itu dikenakan di tubuhnya, sebahagian aurat yang seharusnya disembunyikan kelihatan. Itulah yang dikehendakinya. Kemudian dia memakai minyak wangi-wangian di sekujur tubuhnya yang menyebabkan seseorang lelaki akan ghairah apabila tercium baunya. Kemudian dia menyikat rambutnya dan dibentuk seindah-indah pada malam yang sunyi itu. Selepas menyempurnakan dandanannya, Zulaikha mengamati keadaan sekelilingnya, sehingga dia benar-benar yakin tidak ada seorang pun pelayannya yang masih menunggunya di situ; semuanya sudah tidur di kamar masing-masing. Dia juga tahu suaminya sedang memenuhi undangan seorang hakim Mesir dan sibuk dengan urusan-urusannya, sehingga tidak mungkin dia akan kembali kepadanya sebelum fajar tiba. Selesai segala-galanya, dia pergi ke kamar Yusuf. Dilihatnya pintu kamar itu tertutup dan lampunya sudah dipadamkan. Dengan perlahan dia mengetuk; satu kali, dua kali..dan tiga kali. Tidak lama kemudian Yusuf bangun dan menyalakan lampu, lalu membukakan pintu kamarnya. Alangkah terkejutnya Yusuf apabila melihat Zulaikha, isteri al-Aziz sudah berada di hadapannya. Tetapi baginda tidak berkata apa-apa kecuali diam menduduk. Tiba-tiba Zulaikha masuk ke dalam kamar Yusuf, mendekatinya dan memgang tangannya sambil menutup pintu kamar. Zulaikha merasa gelisah, ketakutan serta tidak membalas pandangan mata Yusuf. Dia berpaling ke arah Yusuf, sedangkan Yusuf berusaha menjauhkan diri daripadanya. Zulaikha berkata kepadanya, "Apakah maksud semua ini wahai Yusuf? Janganlah engkau menjauhkan dirimu daripadaku sehingga menyebabkan aku binasa kerana merinduimu." Yusuf diam tanpa memberi apa-apa jawapan. Zulaikha mendekatinya lagi sambil berkata, "Aduhai Yusuf, betapa indahnya rambutmu!" Yusuf menjawab, "Inilah sesuatu yang pertama kali akan berhamburan daripada tubuhku selepas aku mati.""Aduhai Yusuf, betapa indahnya kedua-dua matamu!" Zulaikha terus memujuknya. "Kedua-duanya ini adalah benda yang pertama kali akan lepas daripada kepalaku dan akan mengalir di muka
bumi!" Yusuf berkata lagi.

Zulaikha terus menggodanya, "Betapa tampannya wajahmu Yusuf." "Kelak, tanah yang akan menghancurkannya," Yusuf membalas.

Kemudian Zulaikha berkata kepada Yusuf, "Tubuhku sudah terbuka kerana ketampanan wajahmu." "Syaitan menolongmu melakukannya!"Yusuf berkata lagi. "Yusuf, bagaimana harus aku harus mendapatkan apa yang selama ini kudambakan, dan kini aku datang kerananya,"Zulaikha merayu lagi.

Yusuf membalas, "Ke manakah aku akan lari daripada murka Allah sekiranya aku menderhaka kepada-Nya?" Sedarlah Zulaikha bahawa Yusuf benar-benar tidak mahu memnuhi apa yang dia inginkan. Dia mendekatinya lagi, bahkan lebih dekat kepadanya dan meletakkan badan Yusuf di atas dadanya. Dia berharap Yusuf akan tertarik kepadanya dan mahu memenuhi keinginannya. Tetapi, di luar dugaannya, Yusuf menolak malah menghindarkan diri daripadanya dan segera berlari hendak keliar dari kamar itu.

Zulaikha tidak mampu berfikir mengapa Yusuf begitu keras mempertahankan kesuciannya di hadapan wanita secantik Zulaikha yang sedia melayaninya, bahkan lari menjauhkan diri daripadanya. Zulaikha mengejar Yusuf dari belakang bagi mmemaksanya. Ketika dia mendekati Yusuf, dipegangnya bahagian belakang baju Yusuf dan ditariknya dengan kuat. Dengan rasa marah, Zulaikha melarang Yusuf keluar dari kamar. Akhirnya, bahagian belakang baju Yusuf koyak.

Pada masa yang sama, al-Aziz sudah berada di hadapan mereka berdua, bersama-sama sepupu Zulaikha. Dengan serta-merta Zulaikha berkata,"Apakah hukuman bagi orang yang berbuat jahat kepada isterimu, selain dipenjarakan ataupun dihukum dengan seksaan yang pedih?"

Zulaikha bermaksud menyatakan Yusuf cuba melakukan sesuatu yang melampaui batas ke atas dirinya. Al-Aziz berasa sangat marah atas apa yang berlaku. Ini kerana dia tidak menduga perlakuan itu akan dilakukan oleh Yusuf, seorang anak terlantar yang dibelinya, dipelihara dan dikasihaninya seperti kasih sayang seorang ayah kepada puteranya sendiri. Bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku?

Yusuf sedar Zulaikha berdusta dan menuduhnya dengan tuduhan palsu. Zulaikha segera berkata kepada al-Aziz, "Dia menggodaku supaya menyerahkan diriku kepadanya".

Ternyata Allah mahu Yusuf bebas daripada tuduhan wanita itu, anak salah seorang ahli keluarga Zulaikha ketika itu datang ke istana tiba-tiba berkata, "Sekiranya bajunya koyak di bahagian depan maka wanita itu berkata benar dan Yusuf termasuk dalam golongan orang-orang yg berdusta. Sekiranya bajunya koyak pada bahagian belakang, wanita itulah yang berdusta.

Mendengar kata-kata itu al-Aziz segera menghampiri Yusuf dan memeriksa bajunya, dan mendapati baju Yusuf koyak di bahagian belakang akibat ditarik oleh Zulaikha, mengertilah al-Aziz bahawa isterinya itu berlaku khianat kepadanya dan Yusuf bersih daripada tuduhan. Kemudian dia berkata, "Sungguh, inilah tipu muslihatmu. Sungguh dahsyat tipu muslihatmu".

Al-Aziz memandang Yusuf sambil berkata, "Wahai Yusuf, pergilah dari sini".

Tujuannya ialah supaya Yusuf tidak menghebahkan perkara aib ini. Kepada isterinya dia berkata, "Dan kamu, wahai isteriku mohon ampunlah atas dosamu itu, kerana sesungguhnya kamu termasuk dalam golongan orang yang berbuat salah".

"Celakalah kamu Yusuf!" Zulaikha berkata dengan nada marah kerana Yusuf menolak kecantikan dan kebesarannya.

"Tidak! Aku tidak akan membiarkanmu, Yusuf. Aku akan mencari jalan lain untuk mendapatkanmu, memperdayakanmu, sehingga engkau memenuhi apa yang aku kehendaki..".
Hari-hari berlalu, al-Aziz yg kalah dalam mengadili kejadian aib itu berusaha memujuk Zulaikha supaya menghadapi kenyataan, sementara isterinya membantahnya. Dia tahu setiap kali dia menampakkan kebenciannya kpd al-Aziz, suaminya itu akan benar-benar berusaha mendekati dan memujuknya kerana dia sangat mencintai Zulaikha.

Yusuf sendiri akhirnya berdiam diri sepanjang hari di dalam kamarnya kerana peristiwa yang memalukan itu. Dia hanya keluar apabila ada urusan penting yang ditugaskan oleh tuannya, al-Aziz.

Hari-hari yang dilalui menghantui Zulaikha. Dia sentiasa menanti peluang untuk kembali menjalankan tipu dayanya terhadap Yusuf, kerana apa yang berlaku itu semakin menambah cintanya dan keinginnya untuk menjalinkan hubungan dengan Yusuf, meskipun secara terang-terangan dia mendustakan Yusuf di hadapan suaminya bagi menghilangkan keraguan suaminya terhadap dirinya.

Hari demi hari dilalui oleh Zulaikha terasa amat lambat berlalu. Di kota, beberapa peristiwa yang tidak terduga terjadi. Wanita-wanita di Mesir pada ketika itu sentiasa berbicara tentang peristiwa aib yg berlaku. Sungguh menghairankan bagaimana boleh tersebar hingga ke kota, pada hal semua pihak di istana al-Aziz telah berusaha merahsiakannya. Mungkin cerita itu disebarkan oleh pelayan lelaki atau pelayan wanita istana yang ada hubungan keluarga dengan mereka.

Ibu kota Mesir bergema dengan kisah ini. Dalam setiap kelompok wanita tidak ada perkara lain yang dibicarakan. Akhirnya berita itu sampai ke telinga Zulaikha. Sudah tentu hal ini menimbulkan kemarahannya. Namun dia tak dpt menghalang orang-orang bercerita tentang hal itu. Dia terpaksa menerima kenyataan yang pahit itu dengan hati yangg pedih, "Betapa perjalanan hidupku seperti sepotong roti yg berada di dalam mulut wanita-wanita kota yang dipenuhi cemuhan dan ejekan", keluhnya dalam hati.

"Padahal hari-hari sebelumnya tiada siapapun yg berani menyebut namaku kecuali dengan segala penghormatan dan kemuliaan". sambungnya lagi.

Setelah jiwanya goncang dengan kemarahan Zulaikha menjadi tenang semula, lalu berbicara dengan dirinya, "Aku wanita, dan mereka juga wanita. Mereka harus juga terima penghinaan sebagaimana penghinaan yang mereka tujukan kepadaku. Sekiranya mereka mempeolok-olokkan aku dgn lidah mereka, sesungguhnya olok-olokku nanti akan lebih keras ke atas diri mereka..".

Zulaikha menuju ke beranda yang menghadap ke Sungai Nil. Di tepi sungai itu, sementara angin lembut menerpa pepohonan bunga yang mengelilingi istana, mengharumi udara sekitarnya, dia mulai bermenung dan berfikir.

Tidak lama kemudian wajahnya kelihatan berseri kemudian mulutnya mulai tersenyum. Dia sudah menemui suatu cara penyelesaian kepada masalahnya. Ya! Mengapa dia tidak menghentikan cemuhan wanita-wanita itu kepada dirinya dan Yusuf dalam satu pertemuan terbuka? Mengapa dia tidak memanggil wanita-wanita itu duduk bercakap-cakpa lalu dia perintahkan Yusuf keluar menampakkan dirinya di hadapan mereka? Nanti mereka akan sedar mengapa Zulaikha jatuh hati kepada anak angkatnya.
Zulaikha terus menggodanya, "Betapa tampannya wajahmu Yusuf." "Kelak, tanah yang akan menghancurkannya," Yusuf membalas.

Kemudian Zulaikha berkata kepada Yusuf, "Tubuhku sudah terbuka kerana ketampanan wajahmu." "Syaitan menolongmu melakukannya!"Yusuf berkata lagi. "Yusuf, bagaimana harus aku harus mendapatkan apa yang selama ini kudambakan, dan kini aku datang kerananya,"Zulaikha merayu lagi.
Yusuf membalas, "Ke manakah aku akan lari daripada murka Allah sekiranya aku menderhaka kepada-Nya?" Sedarlah Zulaikha bahawa Yusuf benar-benar tidak mahu memnuhi apa yang dia inginkan. Dia mendekatinya lagi, bahkan lebih dekat kepadanya dan meletakkan badan Yusuf di atas dadanya. Dia berharap Yusuf akan tertarik kepadanya dan mahu memenuhi keinginannya. Tetapi, di luar dugaannya, Yusuf menolak malah menghindarkan diri daripadanya dan segera berlari hendak keliar dari kamar itu.

Zulaikha tidak mampu berfikir mengapa Yusuf begitu keras mempertahankan kesuciannya di hadapan wanita secantik Zulaikha yang sedia melayaninya, bahkan lari menjauhkan diri daripadanya. Zulaikha mengejar Yusuf dari belakang bagi mmemaksanya. Ketika dia mendekati Yusuf, dipegangnya bahagian belakang baju Yusuf dan ditariknya dengan kuat. Dengan rasa marah, Zulaikha melarang Yusuf keluar dari kamar. Akhirnya, bahagian belakang baju Yusuf koyak.

Pada masa yang sama, al-Aziz sudah berada di hadapan mereka berdua, bersama-sama sepupu Zulaikha. Dengan serta-merta Zulaikha berkata,"Apakah hukuman bagi orang yang berbuat jahat kepada isterimu, selain dipenjarakan ataupun dihukum dengan seksaan yang pedih?"
Zulaikha bermaksud menyatakan Yusuf cuba melakukan sesuatu yang melampaui batas ke atas dirinya. Al-Aziz berasa sangat marah atas apa yang berlaku. Ini kerana dia tidak menduga perlakuan itu akan dilakukan oleh Yusuf, seorang anak terlantar yang dibelinya, dipelihara dan dikasihaninya seperti kasih sayang seorang ayah kepada puteranya sendiri. Bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku?
Yusuf sedar Zulaikha berdusta dan menuduhnya dengan tuduhan palsu. Zulaikha segera berkata kepada al-Aziz, "Dia menggodaku supaya menyerahkan diriku kepadanya".

Ternyata Allah mahu Yusuf bebas daripada tuduhan wanita itu, anak salah seorang ahli keluarga Zulaikha ketika itu datang ke istana tiba-tiba berkata, "Sekiranya bajunya koyak di bahagian depan maka wanita itu berkata benar dan Yusuf termasuk dalam golongan orang-orang yg berdusta. Sekiranya bajunya koyak pada bahagian belakang, wanita itulah yang berdusta.

Mendengar kata-kata itu al-Aziz segera menghampiri Yusuf dan memeriksa bajunya, dan mendapati baju Yusuf koyak di bahagian belakang akibat ditarik oleh Zulaikha, mengertilah al-Aziz bahawa isterinya itu berlaku khianat kepadanya dan Yusuf bersih daripada tuduhan. Kemudian dia berkata, "Sungguh, inilah tipu muslihatmu. Sungguh dahsyat tipu muslihatmu".
Al-Aziz memandang Yusuf sambil berkata, "Wahai Yusuf, pergilah dari sini".

Tujuannya ialah supaya Yusuf tidak menghebahkan perkara aib ini. Kepada isterinya dia berkata, "Dan kamu, wahai isteriku mohon ampunlah atas dosamu itu, kerana sesungguhnya kamu termasuk dalam golongan orang yang berbuat salah".
"Celakalah kamu Yusuf!" Zulaikha berkata dengan nada marah kerana Yusuf menolak kecantikan dan kebesarannya.

"Tidak! Aku tidak akan membiarkanmu, Yusuf. Aku akan mencari jalan lain untuk mendapatkanmu, memperdayakanmu, sehingga engkau memenuhi apa yang aku kehendaki..". Hari-hari berlalu, al-Aziz yg kalah dalam mengadili kejadian aib itu berusaha memujuk Zulaikha supaya menghadapi kenyataan, sementara isterinya membantahnya. Dia tahu setiap kali dia menampakkan kebenciannya kpd al-Aziz, suaminya itu akan benar-benar berusaha mendekati dan memujuknya kerana dia sangat mencintai Zulaikha.
Yusuf sendiri akhirnya berdiam diri sepanjang hari di dalam kamarnya kerana peristiwa yang memalukan itu. Dia hanya keluar apabila ada urusan penting yang ditugaskan oleh tuannya, al-Aziz.

Hari-hari yang dilalui menghantui Zulaikha. Dia sentiasa menanti peluang untuk kembali menjalankan tipu dayanya terhadap Yusuf, kerana apa yang berlaku itu semakin menambah cintanya dan keinginnya untuk menjalinkan hubungan dengan Yusuf, meskipun secara terang-terangan dia mendustakan Yusuf di hadapan suaminya bagi menghilangkan keraguan suaminya terhadap dirinya.
Hari demi hari dilalui oleh Zulaikha terasa amat lambat berlalu. Di kota, beberapa peristiwa yang tidak terduga terjadi. Wanita-wanita di Mesir pada ketika itu sentiasa berbicara tentang peristiwa aib yg berlaku. Sungguh menghairankan bagaimana boleh tersebar hingga ke kota, pada hal semua pihak di istana al-Aziz telah berusaha merahsiakannya. Mungkin cerita itu disebarkan oleh pelayan lelaki atau pelayan wanita istana yang ada hubungan keluarga dengan mereka.

Ibu kota Mesir bergema dengan kisah ini. Dalam setiap kelompok wanita tidak ada perkara lain yang dibicarakan. Akhirnya berita itu sampai ke telinga Zulaikha. Sudah tentu hal ini menimbulkan kemarahannya. Namun dia tak dpt menghalang orang-orang bercerita tentang hal itu. Dia terpaksa menerima kenyataan yang pahit itu dengan hati yangg pedih, "Betapa perjalanan hidupku seperti sepotong roti yg berada di dalam mulut wanita-wanita kota yang dipenuhi cemuhan dan ejekan", keluhnya dalam hati.
"Padahal hari-hari sebelumnya tiada siapapun yg berani menyebut namaku kecuali dengan segala penghormatan dan kemuliaan". sambungnya lagi.
Setelah jiwanya goncang dengan kemarahan Zulaikha menjadi tenang semula, lalu berbicara dengan dirinya, "Aku wanita, dan mereka juga wanita. Mereka harus juga terima penghinaan sebagaimana penghinaan yang mereka tujukan kepadaku. Sekiranya mereka mempeolok-olokkan aku dgn lidah mereka, sesungguhnya olok-olokku nanti akan lebih keras ke atas diri mereka..".
Zulaikha menuju ke beranda yang menghadap ke Sungai Nil. Di tepi sungai itu, sementara angin lembut menerpa pepohonan bunga yang mengelilingi istana, mengharumi udara sekitarnya, dia mulai bermenung dan berfikir.

Tidak lama kemudian wajahnya kelihatan berseri kemudian mulutnya mulai tersenyum. Dia sudah menemui suatu cara penyelesaian kepada masalahnya. Ya! Mengapa dia tidak menghentikan cemuhan wanita-wanita itu kepada dirinya dan Yusuf dalam satu pertemuan terbuka? Mengapa dia tidak memanggil wanita-wanita itu duduk bercakap-cakpa lalu dia perintahkan Yusuf keluar menampakkan dirinya di hadapan mereka? Nanti mereka akan sedar mengapa Zulaikha jatuh hati kepada anak angkatnya. Zulaikha terus menggodanya, 

"Betapa tampannya wajahmu Yusuf." "Kelak, tanah yang akan menghancurkannya," Yusuf membalas. Kemudian Zulaikha berkata kepada Yusuf, "Tubuhku sudah terbuka kerana ketampanan wajahmu." "Syaitan menolongmu melakukannya!"Yusuf berkata lagi. "Yusuf, bagaimana harus aku harus mendapatkan apa yang selama ini kudambakan, dan kini aku datang kerananya,"Zulaikha merayu lagi. Yusuf membalas, "Ke manakah aku akan lari daripada murka Allah sekiranya aku menderhaka kepada-Nya?" Sedarlah Zulaikha bahawa Yusuf benar-benar tidak mahu memnuhi apa yang dia inginkan. Dia mendekatinya lagi, bahkan lebih dekat kepadanya dan meletakkan badan Yusuf di atas dadanya. Dia berharap Yusuf akan tertarik kepadanya dan mahu memenuhi keinginannya. Tetapi, di luar dugaannya, Yusuf menolak malah menghindarkan diri daripadanya dan segera berlari hendak keliar dari kamar itu. Zulaikha tidak mampu berfikir mengapa Yusuf begitu keras mempertahankan kesuciannya di hadapan wanita secantik Zulaikha yang sedia melayaninya, bahkan lari menjauhkan diri daripadanya. Zulaikha mengejar Yusuf dari belakang bagi mmemaksanya. Ketika dia mendekati Yusuf, dipegangnya bahagian belakang baju Yusuf dan ditariknya dengan kuat. Dengan rasa marah, Zulaikha melarang Yusuf keluar dari kamar. Akhirnya, bahagian belakang baju Yusuf koyak. Pada masa yang sama, al-Aziz sudah berada di hadapan mereka berdua, bersama-sama sepupu Zulaikha. Dengan serta-merta Zulaikha berkata,"Apakah hukuman bagi orang yang berbuat jahat kepada isterimu, selain dipenjarakan ataupun dihukum dengan seksaan yang pedih?" Zulaikha bermaksud menyatakan Yusuf cuba melakukan sesuatu yang melampaui batas ke atas dirinya. Al-Aziz berasa sangat marah atas apa yang berlaku. Ini kerana dia tidak menduga perlakuan itu akan dilakukan oleh Yusuf, seorang anak terlantar yang dibelinya, dipelihara dan dikasihaninya seperti kasih sayang seorang ayah kepada puteranya sendiri. Bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku? Yusuf sedar Zulaikha berdusta dan menuduhnya dengan tuduhan palsu. Zulaikha segera berkata kepada al-Aziz, "Dia menggodaku supaya menyerahkan diriku kepadanya". Ternyata Allah mahu Yusuf bebas daripada tuduhan wanita itu, anak salah seorang ahli keluarga Zulaikha ketika itu datang ke istana tiba-tiba berkata, "Sekiranya bajunya koyak di bahagian depan maka wanita itu berkata benar dan Yusuf termasuk dalam golongan orang-orang yg berdusta. Sekiranya bajunya koyak pada bahagian belakang, wanita itulah yang berdusta. Mendengar kata-kata itu al-Aziz segera menghampiri Yusuf dan memeriksa bajunya, dan mendapati baju Yusuf koyak di bahagian belakang akibat ditarik oleh Zulaikha, mengertilah al-Aziz bahawa isterinya itu berlaku khianat kepadanya dan Yusuf bersih daripada tuduhan. Kemudian dia berkata, "Sungguh, inilah tipu muslihatmu. Sungguh dahsyat tipu muslihatmu". Al-Aziz memandang Yusuf sambil berkata, "Wahai Yusuf, pergilah dari sini". Tujuannya ialah supaya Yusuf tidak menghebahkan perkara aib ini. Kepada isterinya dia berkata, "Dan kamu, wahai isteriku mohon ampunlah atas dosamu itu, kerana sesungguhnya kamu termasuk dalam golongan orang yang berbuat salah"."Celakalah kamu Yusuf!" Zulaikha berkata dengan nada marah kerana Yusuf menolak kecantikan dan kebesarannya."Tidak! Aku tidak akan membiarkanmu, Yusuf. Aku akan mencari jalan lain untuk mendapatkanmu, memperdayakanmu, sehingga engkau memenuhi apa yang aku kehendaki..". Hari-hari berlalu, al-Aziz yg kalah dalam mengadili kejadian aib itu berusaha memujuk Zulaikha supaya menghadapi kenyataan, sementara isterinya membantahnya. Dia tahu setiap kali dia menampakkan kebenciannya kpd al-Aziz, suaminya itu akan benar-benar berusaha mendekati dan memujuknya kerana dia sangat mencintai Zulaikha. Yusuf sendiri akhirnya berdiam diri sepanjang hari di dalam kamarnya kerana peristiwa yang memalukan itu. Dia hanya keluar apabila ada urusan penting yang ditugaskan oleh tuannya, al-Aziz. Hari-hari yang dilalui menghantui Zulaikha. Dia sentiasa menanti peluang untuk kembali menjalankan tipu dayanya terhadap Yusuf, kerana apa yang berlaku itu semakin menambah cintanya dan keinginnya untuk menjalinkan hubungan dengan Yusuf, meskipun secara terang-terangan dia mendustakan Yusuf di hadapan suaminya bagi menghilangkan keraguan suaminya terhadap dirinya. Hari demi hari dilalui oleh Zulaikha terasa amat lambat berlalu. Di kota, beberapa peristiwa yang tidak terduga terjadi. Wanita-wanita di Mesir pada ketika itu sentiasa berbicara tentang peristiwa aib yg berlaku. Sungguh menghairankan bagaimana boleh tersebar hingga ke kota, pada hal semua pihak di istana al-Aziz telah berusaha merahsiakannya. Mungkin cerita itu disebarkan oleh pelayan lelaki atau pelayan wanita istana yang ada hubungan keluarga dengan mereka. Ibu kota Mesir bergema dengan kisah ini. Dalam setiap kelompok wanita tidak ada perkara lain yang dibicarakan. Akhirnya berita itu sampai ke telinga Zulaikha. Sudah tentu hal ini menimbulkan kemarahannya. Namun dia tak dpt menghalang orang-orang bercerita tentang hal itu. Dia terpaksa menerima kenyataan yang pahit itu dengan hati yangg pedih, "Betapa perjalanan hidupku seperti sepotong roti yg berada di dalam mulut wanita-wanita kota yang dipenuhi cemuhan dan ejekan", keluhnya dalam hati."Padahal hari-hari sebelumnya tiada siapapun yg berani menyebut namaku kecuali dengan segala penghormatan dan kemuliaan". sambungnya lagi. Setelah jiwanya goncang dengan kemarahan Zulaikha menjadi tenang semula, lalu berbicara dengan dirinya, "Aku wanita, dan mereka juga wanita. Mereka harus juga terima penghinaan sebagaimana penghinaan yang mereka tujukan kepadaku. Sekiranya mereka mempeolok-olokkan aku dgn lidah mereka, sesungguhnya olok-olokku nanti akan lebih keras ke atas diri mereka..". Zulaikha menuju ke beranda yang menghadap ke Sungai Nil. Di tepi sungai itu, sementara angin lembut menerpa pepohonan bunga yang mengelilingi istana, mengharumi udara sekitarnya, dia mulai bermenung dan berfikir. Tidak lama kemudian wajahnya kelihatan berseri kemudian mulutnya mulai tersenyum. Dia sudah menemui suatu cara penyelesaian kepada masalahnya. Ya! Mengapa dia tidak menghentikan cemuhan wanita-wanita itu kepada dirinya dan Yusuf dalam satu pertemuan terbuka? Mengapa dia tidak memanggil wanita-wanita itu duduk bercakap-cakpa lalu dia perintahkan Yusuf keluar menampakkan dirinya di hadapan mereka? Nanti mereka akan sedar mengapa Zulaikha jatuh hati kepada anak angkatnya. Zulaikha menjemput semua kaum wanita ke istananya untuk bergembira. Mereka dipersembahkan dengan pelbagai buah-buahan dan masing-masing diberikan pisau sebagai alat untuk memotongnya. Zulaikha ingin melihat apakah yang akan terjadi kepada mereka ketika Yusuf muncul secara tiba-tiba di tengah-tengah mereka. Kebanyakan wanita bangsawan di Mesir berasa hairan dengan jemputan isteri al-Aziz itu. Mereka menyaksikan suasana berlainan daripada biasa. Ruangan istana dihias indah. Mereka yang hadir dipersilakan duduk di atas kerusi yg indah. Di hadapan masing-masing terhidang sepinggan buah-buahan serta sebilah pisau pemotong. Tetamu memandang kepada apa yang ada dalam ruangan istana, masing-masing membisu kerana tidak berani berbicara dengan jelas. Zulaikha pun membuka acara. Bicaranya hanya berkisar kepada buah-buahan yang terhidang dan aturcara majlis tidak sedikitpun menyentuh tentang peristiwa yang berlaku antara dia dan Yusuf. Dia menyatakan bahawa apa yang dilakukan kepada mereka ini adalah sebagai kejutan. Ada di antara tetamu itu menyindir Zulaikha. Dengan cara yangg bijak dia bercerita tentang seorang perempuan yang jatuh cinta dan mati dalam kesedihan kerana lelaki yang meminangnya mati dalam peperangan. Pun begitu Zulaikha lebih bijak. Dia mengalihkan perbicaraan mereka kepada sesuatu yang lain. Dia berkata kpd Yusuf. "Keluarlah, tunjukkan dirimu kepada mereka".

Yusuf keluar dari tempatnya menuju ke majlis yang dihadiri oleh kaum wanita yang menjadi tetamu Zulaikha itu. Betepa terkejutnya mereka apabila melihat ketampanan Yusuf. Mereka tercengang kehairanan. Tanpa disedari, mereka terpotong jari-jari mereka dengan pisau. Mereka fikir mereka sedang memotong buah padahal darah yang mengalir dari tangan mereka. Lama-kelamaan mereka sedar apa yg mereka lakukan kemudian berkata. : "Maha Besar Allah Ini bukanlah manusia. Dia adalah malaikat yang mulia."

Ketika itu wajah Zulaikha berubah kerana marah. Dia berkata sambil menunjuk kepada Yusuf, "Itulah org yg menyebabkan aku dicela kerana tertarik kepadanya. Sesungguhnya aku begitu menginginkannya tetapi dia menolak. Sekarang jika dia tidak mengikuti apa yang aku perintahkan, dia akan dipenjarakan dan akan menjadi orang yang hina".

Yusuf mendengar apa yang dikatakan Zulaikha dengan tenang dan tabah. Dia juga tahu keinginan setiap wanita yang hadir sama seperti keinginan Zulaikha kepadanya. Sambil berlindung kepada Allah, Yusuf berkata,"Tuhanku! Penjara lebih kusukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan sekiranya Allah tidak hindarkan aku daripada tipu daya mereka pasti aku akan tertarik kepada mereka. Dan tentulah aku termasuk orang-orang yang jahil. Sesungguhnya Allah swt akan meneguhkan iman hamba-hambaNYa yang mukmin yang berpegang dengan kebenaran yang diperintah olehNya.."

Allah swt memperkenankan doa Yusuf, dan Dia melindungi tipu daya mereka. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar, Yang Maha Mengetahui.
Wanita-wanita itu akhirnya pulang dengan tangan yang berlumuran darah. Akhirnya mereka sedar Zulaikha terhalang cintanya kepada Yusuf. Yusuf kemudiannya beredar meninggalkan ruangan itu dan Zulaikha puas kerana dapat membalas penghinaan wanita-wanita tersebut.

Tetapi setelah lama berfikir, dia sedar perasaan yg ditanggungnya selama ini adalah sesuatu yang berat buatnya. Dia bercakap dengan dirinya sendiri, "Yusuf menghindarkan dirinya kepadaku sebanyak dua kali; sekali di kamarnya dan sekali di hadapan wanita-wanita kota. Sesungguhnya wanita-wanita kota itu juga mencintai Yusuf sama seperti diriku, tetapi semuanya tidak memperoleh sesuatu daripadanya. Ancamanku kepadanya pun tidak ditakuti. Celakalah engkau meskipun aku mencintaimu".
Zulaikha pergi menemui suaminya kemudian suaminya bertanya tentang jamuan yang diadakan. Zulaikha memberitahu bahawa jamuan itu menambahkan keburukan kepadanya.
"Bagaimana hal itu boleh terjadi?" Tanya al-Aziz.
"Sekiranya Yusuf tidak disembunyikan daripada istana dan kota, dia akan selalu berbicara mengenai apa yang memburukkan aku.." Zulaikha menjawab.
Al-Aziz mendekati isterinya sambil berkata, "Bagaimana engkau boleh merelakan sesuatu yang memburukkanmu?" Tubuh Zulaikha gementar. Kemudian dia berkata, "Kalau begitu penjarakan Yusuf, sehingga semua orang melupakannya".
Al-Aziz menyetujui cadangan isterinya itu. Tidak lama kemudian, beberapa orang pengawal istana membawa Yusuf ke penjara. Tatkala Yusuf keluar dari pintu istana, Zulaikha berdiri di belakang jendela kamarnya sambil memandang ke arah Yusuf. Dia merasakan seolah-olah sebahagian daripada hatinya tercabut, meskipun dia yang mendesak suaminya supaya memenjarakan Yusuf.

Saban hari, kesedihan mewarnai wajah Zulaikha. Suaminya hanya boleh melihat dengan sikap diam dan tak boleh berbuat apa-apa. Wanita itu bertanya kepada dirinya sendiri, "Salahkah aku ketika aku menyuruh al-Aziz memasukkan Yusuf ke dalam penjara? Ya, kuharamkan diriku daripada melihat Yusuf.."
Sekali lagi dia berfikir dalam kegelisahannya, "Tetapi, apakah aku bersalah dalam urusan itu?"
Dia menyalahkan dirinya sendiri untuk melepaskan diri daripada azab, seperti seorang dermawan yang haus, tetapi tidak sanggup mencedok air yang dipikul di bahunya sendiri. Hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun demi tahun berlalu tanpa sunyi daripada cerita Zulaikha dgn Yusuf.

Pada suatu hari utusan raja datang, memerintahkan Zulaikha supaya datang ke istana. Zulaikha sangat hairan sebab perkara seperti itu belum pernah terjadi sebelumnya. Dia bertanya kepada suaminya apa yang menyebabkan dia dipanggil ke istana. Al-Aziz menjawab, "Mungkin ada urusan dgn Yusuf". Mendengar nama itu hilang segala dugaan, tetapi benarkah raja mahu berbicara dengannya mengenai Yusuf?

Dgn pelbagai pertanyaan bersarang di benaknya, Zulaikha pergi ke istana. Dia mendapati wanita-wanita yang sudah terpotong tanggannya ada di sana semuanya menghadap Raja Mesir. Baginda memandang kepada semua wanita itu dan bertanya satu persatu, "bagaimanakah keadaan kamu ketika menggoda Yusuf supaya menuruti kehendakmu?"

Mereka menjawab serentak, "Kami dapati tidak ada satupun keburukan yang ada padanya"
Tiba2 tanpa diminta oleh raja, Zulaikha berbicara. Dia merasakan sudah tiba masanya untuk berterus terang, supaya beban dosa yang ditanggungnya kesan daripada perbuatannya terhadap Yusuf hilang. Di hadapan wanita-wanita dan raja Zulaikha berkata, "Sekarang jelaslah kebenaran itu. Akulah yang menggodanya supaya tunduk kepadaku dan sesungguhnya dia termasuk golongan orang-orang yang benar".

Yusuf berkata, "Yang demikian itu supaya al-Aziz mengetahui apa yang sesungguhnya aku tidak khianat kepadanya di belakangnya, dan bahawasanya Allah tidak akan merelakan tipu daya manusia yg khianat. Aku tidak membebaskan diriku daripada kesalahan kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberikan rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, Maha Penyayang".

Terdapat perbezaan pendapat mengenai kehidupan Zulaikha selanjutnya. Sebahagian orang berpendapat sejak itu Zulaikha hidup dalam kesedihan dan putus asa kerana ingatannya kepada Yusuf. Sebahagian yang lain pula berpendapat Zulaikha akhirnya berpindah ke suatu tempat yang jauh yang berutanya tidak diketahui sama sekali. Yang jelas kehidupan Zulaikha terganggu kerana cintanya kepada Yusuf.

Namun ada yang mengisahkan selepas peristiwa itu Zulaikha bertaubat kpd Allah swt. Ketika Yusuf diutus menjadi rasul dan menjadi penguasa menggantikan al-Aziz baginda bertemu dengan Zulaikha yang ketika itu sudah tua. Akhinya Allah swt menjadikan Zulaikha muda remaja dan dikahwinkan dengan Nabi Yusuf. Zulaikha akhirnya menjadi wanita solehah yang sentiasa beramal kpd Allah swt.

Andainya Awak Tahu…





Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya. Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku. Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat. Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda. Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai. Andai lelaki tahu. .Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu.. Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda. Andainya mereka tahu…

Friday, 20 July 2012

Adam.....


Nie aq tujukn to boys kt luar sana….
Dengarlahlah... keluhan hatiku buat dirimu.....

Adam.....
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Wahai Adam....
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.
Adam...
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.
Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi...aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... Terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.
Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam,
nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumahseluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut. Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam...
Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?
Adam...
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini

Adam...
Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam...
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku... akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam.... pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...
Maafkan aku sekali lagi Adam... seandainya warkah yang kulayangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.... jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.....Tetapi... Percayalah!!!.... bukan emas kucari... bukan berlian yg kupinta.... tetapi... hanyalah hati yang tulus ikhlas dirimu Adam...