ASSALAMUALAIKUM .... ??
Airmata akan keluar ketika sedih , kecewa , gembira yang teramat . Awan tak mampu kandung air , sebab itu dia keluarkan hujan . Manusia pula tak boleh menahan sebak di hati maka keluarlah tangisan .
Airmata adalah sesuatu perkara yang kita boleh kaitkan dengan KEJUJURAN dan KEIKHLASAN , Seseorang itu menangis kerana sudah terlalu lama TABAH . Maka dia akan jujur dalam setiap meluahkan perasaan dan hasrat . Dicampur dengan ikhlas , airmata akan jadi sesuatu benda yang berharga .
Apabila airmata itu digelar berharga , ia mampu mengalahkan nilai PERMATA . Sejujurnya , hasrat airmata itu juga boleh dikirimkan sebagai doa seharian kite . Sama ada 2 perkara saja seseorang itu mengeluarkan airmata iaitu tanda dia BERSYUKUR dan tanda dia BERSEDIH . Perasaan seseorang itu sukar diramalkan awak .
Hati dan perasaan seseorang yang terluka sering mengeluarkan airmata , tapi ,, Orang yang hebat adalah orang yang tidak menangis pada bantal . tapi menangis dalam hati dan hanya mampu berdoa . Airmata memang sukar untuk keluar , tapi sekali dia keluar . Kebahagian tidak mampu mengatasinye kembali . Ia mengambil waktu yang pnjang untuk menutup kesedihan dengan kebahagian .
Orang kata sedih itu permulaan bagi kebahagian kan . Jatuhnye airmata dan berlinangan dipipi seseorang menunjukkan perasaannye terhadap kite sungguh kuat . Kita boleh putuskan HUBUNGAN TANPA SEBAB dan kita juga tidak boleh menerima tanpa sebab .
Apabila terlalu menyayangi hati orang lain , hati kita terabai kan . apa kita nak buat ? nak mengadu ? tidak ada guna jika orang itu tidak sedar . Bagi Huda lebih baik memendam . Dan satu masa iaitu malam ini , inilah luahan yang sejujurnye .dari hati huda . Ini lah yang huda rasa sendiri .
Ada masa kenangan itu indah untuk diingat . dan ada masa kenangan itu terlalu PAHIT untuk dikenangi . Kenangan dibina atas dasar mcm mana kita bahagia .dan mcm mana kita terluka . Kata orang semua yang berlaku ada hikmah dan sebab .
Setiap PERISTIWA mampu untuk menggembirakan kita , menyedihkan kita . Dan perkara yang gembira TAK MUSTAHIL kita akan ingat selama-II nya .Tapi , perkara yang menyedihkan juga mampu MENINGGALKAN kesan yang mendalam kpd kita untuk sekian lama .
Kadang-II luahan itu dalam bentuk BAHAGIA , GEMBIRA , SEDIH tapi yang paling perit ialah bila TERLUKA . Tahu bila seseorang itu terluka ? Dapat rasa ke apa yang huda rasa ?
Biarlah kita sendiri tahu isi hati kita . Jangan biarkan seseorang itu hadir tanpa jemputan , maybe kita akan lebih terseksa , itu yang paling MENYAKITKAN jiwa .
" HIDUP INI BAGAIKAN KERTAS LUKISAN . KITE MENCORAK , KITA MEWARNAKAN , TAPI ALLAH YANG MENENTUKAN SEJAUH MANA KEBAIKAN YANG KITA CORAK ITU ."
--- ish3 , sory erk lagu jiwa sikit . 6ti mood muga lain huda tukar balik . tapi biarlah dgn lagu nim dulu erk . ok ... gdnite semua--- love u all ...
best la tulisan nurul..nampak matang
ReplyDeleteHEHEHEH .. tq ayu .. rindu kt ayu .. bila nk balik ..
Delete